Air Masuk Dalam Telinga Ini Cara Nak Keluarkan Tapi Elak 3 Benda Ini
Apa tidak perlu dibuat?
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu cara yang betul untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga melalui 5 langkah yang kami berikan di atas tadi.
Berbalik pula pada persoalan utama artikel ini iaitu apakah 3 perkara yang menjadi pantang larang tersebut?
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi jika cuba merawat keadaan ini.
Ramai individu melakukan kesilapan ketika berusaha untuk mengeluarkan air daripada telinga tanpa menyedarinya.
Ketahuilah bahawa penggunaan teknik yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.
Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan lebih teruk.
Oleh itu, JANGAN buat 3 perkara ini jika air masuk telinga:
* Menggunakan putik kapas kerana ia akan menyebabkan tahi telinga termasuk ke dalam telinga dengan lebih dalam sekali gus menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudah
* Memasukkan jari atau kuku kerana ia hanya akan menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman atau sekitar lubang telinga
Konklusinya, sila buat 5 langkah dan elak 3 perkara di atas ini untuk menyelesaikan masalah air masuk dalam telinga anda okay!
Air masuk dalam telinga, jangan dibiarkan!
Mungkin ramai yang menyangka bahawa tiada apa yang perlu dibuat jika air masuk dalam telinga kerana ia akan keluar dengan sendiri.
Ya, pemikiran sebegitu mungkin ada benarnya namun ketahuilah bahawa kalian juga berisiko mendapat jangkitan bakteria yang teruk.
Oleh itu, jangan sesekali anda membiarkan sahaja perkara ini berlaku tanpa berbuat sebarang tindakan.
Dalam pada itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi sila elak ia daripada berlaku!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika melakukan aktiviti yang melibatkan air.
Tidak kira sama ada kalian mandi di dalam bilik air rumah sendiri atau di takungan air awam, langkah ini wajar diamalkan untuk langkah berjaga-jaga.
Atau lebih mudah, sumbatkan sahaja dengan putik kapas sebelum masuk mandi! Namun diingatkan agar kalian tidak memasukkannya terlalu dalam ya?