Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol
“Aduhai, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Malasnya nak telan ubat… Apa lagi cara hilangkan sakit kepala yang boleh dibuat ya.”
Tahukah anda, selain memakan ubat penahan sakit, ada cara hilangkan sakit kepala yang boleh dilakukan dengan cepat dan efektif. Teknik yang dimaksudkan adalah sejenis urutan yang dikenali sebagai acupressure.
Menurut sebuah artikel daripada Bright Side, ia adalah salah satu jenis acupunture dan refleksoterapi, namun ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa memerlukan pakar. Teknik urutan ini telah dibuktikan oleh beberapa kajian dan penelitian saintifik.
Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol
Cara hilangkan sakit kepala ini memerlukan anda untuk mengurut pada 6 tempat / titik seperti dalam gambar di bawah.
Mula-mula, duduk dalam posisi yang selesa dan relaks. Urut setiap tempat yang ditunjukkan dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit.
1. Titik Di Antara Kening
Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi.
Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.
2. Dua Titik Di Hujung Kening
Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.
3. Dua Titik Di Bawah Tulang Pipi
Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi.
4. Dua Titik Pada Tengkuk
Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.
5. Titik Di Atas Telinga
Bahagian atas telinga ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.
6. Titik Berdekatan Pangkal Ibu Jari
Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.
Lakukan urutan yang sama pada kedua-dua belah tangan.
Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Unik Tapi Berkesan
Menurut sumber, rasa sakit kepala yang anda alami akan menghilang sedikit demi sedikit semasa melakukan urutan tersebut ataupun selepas 5-10 minit sesi mengurut selesai.
Mudah saja, bukan? Mudah-mudahan teknik yang dikongsikan ini mampu mengatasi rasa sakit kepala yang anda alami. Tak payahlah susah-susah nak telan ubat lagi.