Cara Padam Akaun Facebook Delete Deactivate Tutup Terus
Jika sudah lama ada akaun Facebook, ada masanya kita dikecam. Ada masanya, kita diganggu oleh orang yang dikenali dan juga yang tidak dikenali. Bila tidak boleh tahan dibuli online, mungkin sudah tiba masanya untuk kita tutup untuk selama-lamanya. Teruskan untuk baca cara tutup akaun Facebook dengan mudah.
Langkau artikel ini untuk baca tentang cara delete akaun Instagram.
Apa itu Facebook?
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi sedikit maklumat tentang Facebook.
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.
Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Cara tutup akaun Facebook
Di dalam artikel ini, kita bukanlah mahu bercerita tentang cara mengaktifkan akaun Facebook. Kita juga bukanlah mahu bercerita tentang cara menggunakan Facebook serta menggunakan segala kemudahan atau features yang terkandung di dalam Facebook. Akan tetapi. kita mahu bercerita tentang cara untuk memadam akaun Facebook.
Mengapa seseorang individu itu ingin memadam akaun Facebook miliknya? Pelbagai sebab boleh berlaku. Kebiasaannya, anda ingin mencipta akaun yang baru untuk anda, dan sebab untuk anda mencipta akaun baru mungkin adalah kerana:
* Anda inginkan akaun Facebook anda lebih bersifat peribadi, ataupun dengan erti kata lain, anda inginkan lebih privacy.
* Rakan di akaun Facebook anda terlampau ramai, sehinggakan ada juga rakan Facebook yang tidak pernah anda kenali.
* Anda ingin sesuatu yang segar di Facebook anda, tetapi anda tidak mampu untuk buang satu persatu post anda yang lama.
* Anda sudah tidak mahu menggunakan Facebook.
Anda boleh memadam akaun Facebook anda mahu. Tetapi bagaimana mahu melakukannya?
Delete Facebook melalui Telefon Pintar (Android/iPhone)
* Buka aplikasi Facebook. Sekiranya anda ingin memadam akaun Facebook di telefon tetapi tidak mempunyai aplikasi Facebook, anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Facebook.
* Log masuk ke akaun anda.
* Tekan butang di bahagian kanan atas yang menyerupai tiga garisan melintang.
* Scroll ke bawah sehingga anda menemui butang Help Center. Tekan butang tersebut.
* Tunggu sehingga anda tiba di laman tersebut.
* Masukkan kata kunci dalam bahasa Inggeris yang berkaitan dengan pembuangan akaun, seperti “permanent”,”delete”, atau “permanently delete”.
* Tunggu sehingga keluar butang yang bernama “How do I permanently delete my account”, bersama dengan logo bulat tanda soal berwarna biru. Tekan butang tersebut.
* Pada laman seterusnya, terdapat pernyataan daripada Facebook yang memaklumkan kepada anda apa yang berlaku sekiranya anda mengesahkan bahawa anda ingin menyahaktif/menutup/membuang akaun Facebook anda.
* Cari ayat “let us know” yang merupakan link untuk ke laman yang seterusnya. Tekan link tersebut.
* Anda akan di bawa ke laman yang seterusnya, di mana Facebook akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyahktif/memadam akaun Facebook anda. Di ruang Password, masukkan kata laluan akaun Facebook anda.
* Tekan butang Submit.
* Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memaklumkan bahawa akaun Facebook anda telah dinyahaktif/dipadam dari Facebook.
* Proses deactivate akaun Facebook anda berjaya.
Pada laman yang terakhir, Facebbok memaklumkan kepada anda bahawa akaun anda telah dinyahaktif/dipadam daripada laman dan akan dipadam secara kekal selepas 14 hari. Jika anda ingin menggunakan semula akaun Facebook anda yang anda telah padam, anda harus melakukannya dalam masa 14 hari sebelum akaun anda dipadam sepenuhnya. Dengan erti kata lain, anda perlu log masuk ke akaun anda dalam masa 14 hari sebelum akaun anda ditutup sepenuhnya. Caranya:
* Log masuk semula ke akaun Facebook anda.
* Di laman seterusnya, aka nada kenyataan daripada pihak Facebook yang meminta anda mengesahkan sama ada anda ingin buang akaun anda secara kekal ataupun anda ingin batalkan proses buangan akaun anda.
* Sekiranya anda ingin sahkan anda ingin buang akaun anda, tekan butang Confirm Deletion.
* Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memaklumkan bahawa akaun anda dijadualkan untuk dilupuskan.
* Anda mampu untuk mengulangi semula proses untuk membatalkan pembuangan akaun anda dengan log masuk semula ke akaun anda dalam tempoh 14 hari.
Padam Facebook melalui desktop version (PC atau laptop)
* Log masuk ke akaun FB anda
* Bawa cursor anda ke bahagian kanan sebelah atas, dan klik butang berlogo tanda soal bernama Quick Help. Tekan butang tersebut.
* Kemudian, pada ruangan text box yang diberi, taip kata kunci delete. Anda akan mempunyai beberapa pilihan. Pilih butang “How do I permanently delete my account?”.
* Anda akan dibawa ke laman seterusnya. Cari ayat “let us know” yang merupakan link untuk ke laman yang seterusnya. Tekan link tersebut.
* Pada laman seterusnya, FB akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyahktif/memadam akaun Facebook anda. Tekan butang Delete My Account.
* Anda akan dibawa ke sebuah notification box untuk sekali lagi mengesahkan. Pada ruangan Password, masukkan kata laluan akaun anda.
* Terdapat perkataan yang di-generate oleh sistem di bawah kotak ini. Masukkan perkataan yang di-generate tersebut di ruangan yang disediakan.
* Tekan butang OK.
* Proses delete akaun FB anda berjaya.
Akhir kata
Semoga panduan cara tutup akaun Facebook ini dapat membantu anda. Kami doakan agar anda berjaya dalam proses deactivate akaun Facebook anda, supaya tidak diganggu dan dikecam lagi.
Semoga bermanfaat.