Contoh Perjanjian Sewa Rumah
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai contoh perjanjian sewa rumah ringkas serta contoh perjanjian sewa rumah word pdf disediakan.
Baca: Cara Daftar Grab Driver Online & Kerja Jadi Pemandu
Berikut adalah panduan perjanjian sewa rumah yang dikongsikan oleh artikel asal di laman /contoh-perjanjian-sewa-rumah/
Contoh Perjanjian Sewa Rumah dapat memudahkan urusan pemilik rumah dan penyewa dalam memastikan tidak berlaku salah faham di kemudian hari.
Ia bertujuan melindungi hak pemilik rumah dan juga penyewa.
Kepentingan Perjanjian Sewa Rumah
Mungkin ada kes penyewa gagal bayar sewa, atau tertunggak berbulan-bulan sehingga pemilik bertindak mengunci pintu pagar.
Ada juga yang menceroboh rumah yang disewakan, atas alasan mahu ‘mengusir’ penyewa setelah gagal berbincang.
Terdapat juga kes, tuan rumah mengarahkan penyewa berpindah, sedangkan penyewa baharu mendiami rumah tersebut.
Selain itu, ada juga rumah disewa rosak teruk akibat sikap tidak bertanggungjawab penyewa hingga fobia nak menyewakan rumah terhadap sesiapa lagi.
Oleh sebab itu, perjanjian sewa tidak seharusnya diambil mudah oleh kedua-dua pihak.
Siapa Perlu Sediakan Perjanjian?
Perjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa masuk ke rumah.
Menurut Datuk Nazri Mustafa menerusi Sinar Harian, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat dengan mudah di internet termasuk contoh perjanjian sewa rumah dan ia hanya perlu diubah sesuai mengikut keperluan.
Namun perlu diingat, bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi.
“Penyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian itu,” katanya.
Perjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga.
Apa Yang Perlu Ada Dalam Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap
Dalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:
* Nama penyewa,
* Nombor telefon,
* Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak
* Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa
* Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi
* Duti setem
Berikut adalah contoh perjanjian sewa rumah yang boleh anda rujuk dan edit sekiranya perlu.
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN
PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..……….. di antara pihak berikut:
(Nama) …………………………………………………….……………….
(No Kad Pengenalan) ………………………………………………………
(Nama) ……………………………………………………………………… (No.Kad Pengenalan) ………………………………………………………..
BAHAWASANYA
A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat ……………………………………………………………………………………………… (selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”).
B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.
C. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.
D. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan).
E. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia……………………………………….. ( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (RM…………………..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.
F. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Rumah.
BORANG MAKLUMAT PENYEWA
NamaNo. Kad PengenalanNo. Tel. BimbitAlamat Tetap/AsalNo. TelefonPekerjaanAlamat PejabatNo. Tel. PejabatNo. FaksTempoh SewaanJumlah penghuniPERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
TANGGUNGJAWAB PENYEWA
1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.
2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).
4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.
6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.
8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
10. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.
13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH
1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.
7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
…………………………………
Tuan Rumah / Pemilik
Nama:
Tarikh:
…………………………………
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
Tarikh:
…………………………………
Saksi
Nama:
Tarikh:
…………………………………
Saksi
Nama:
Tarikh:
Berikut adalah Perjanjian Sewa Rumah dalam versi PDF dan Word yang boleh anda muat turun dan ubahsuai mengikut kesesuaian.
Berikut adalah Perjanjian Sewa Rumah dalam versi PDF dan Word yang boleh anda muat turun dan ubahsuai mengikut kesesuaian.
Versi PDF: Contoh-Perjanjian-Sewa-Rumah-PDFDownload
Versi Word: PERJANJIAN-PENYEWAAN-RUMAH-UNTUK-KEDIAMAN
Sumber: /contoh-perjanjian-sewa-rumah/
Like Facebook kami di sini untuk dapatkan panduan dan berita terkini secara pantas.