Petua Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Dengan Cara Semulajadi Bahan Bersifat Antiseptik
“Sakit Gigi”
Berdenyut-denyut dan rasa ngilu adalah rasa yang boleh menyebabkan amukan tanpa batasan. Tidak kira berpunca dari masalah gusi atau kaviti yang juga dikenali sebagai gigi berlubang, sakit gigi memerlukan perhatian khusus kerana tanpa rawatan boleh menganggu perjalanan rutin harian.
Pada konsep medik, berdenyut dan ngilu merupakan ‘warning’ dari sistem saraf yang di kawal otak memberitahu bahawa bahagian mulut, lebih terperinci, gigi sudah dicerobohi. Hasil dari makanan manis biasanya yang terlekat pada gigi telah menarik minat para bakteria untuk tinggal pada gigi.
Bakteria akan memakan saki baki makanan yang terlekat pada gigi dan apabila sudah kenyang bakteria akan mula ingin mengeluarkan saki baki dalam perutnya makanan itu tadi. Najis bakteria ini mengeluarkan asid dan menyebabkan sebatian kalsium pada enamel gigi mula terhakis dan berlubang.
Apabila sudah mencapai kedalaman terkandungnya sel sel saraf, maka berdenyut dan sakit ngilu mula terasa. Pada tahap gigi sudah berlubang rawatan terbaik adalah doktor gigi akan menampalnya, jika sudah terlalu dalam lubangnya gigi tersebut sudah dikategorikan sudah rosak dan perlu dicabut.
Rawatan Kurangkan Sakit Gigi Di Rumah
Sebagai rawatan awal sendiri di rumah sebelum mencapai kategori gigi rosak yang memerkan ‘playar’ dan jarum suntikan doktor gigi, terdapat beberapa kaedah dan bahan yang biasa ditemui di rumah yang mampu mengurangkan nyeri ngilu dan berdenyut sebelum tahap berjumpa dengan doktor gigi.
Bahan semulajadi yang memiliki kesan ‘antiseptik’ dan ‘antibiotik’ ini mampu mengurangkan punca dan proses gigi yang sedang mereput kerana ‘party’ yang meriah dengan kehadiran bakteria dalam mulut, sumber alkali sepeti ubat gigi untuk melawan asid sisa bakteria mungkin kurang berkesan.
Antara bahan-bahan mengurangkan sakit gigi adalah:
1. Minyak Cengkih
Minyak Cengkih | Google ImageSelain minyak cengkih, bunga cengkih yang ditumbuk halus dan ditampalkan pada bahagian yang sakit dapat mengurangkan rasa ngilu. Rasa pedas ‘mint’ nya mampu mengurangkan rasa ngilu yang amat sangat. Kebanyakan ubat sakit gigi yang terdapat dipasaran, contohnya Hurix, menggunakan minyak ekstrak cengih sebagai ubat tahan sakit gigi.
Cengkih mampu membuatkan rasa kebas pada bahagian gigi yang sakit seterusnya dapat menghilangkan rasa ngilu kerana mungkin reseptor sakit pada saraf gagal menghantar isyarat ke otak dengan efisien dan menyebabkan jabatan sakit gagal mengesan sakit.
Kehadiran ‘eugenol’ dalam cengkih merupakan punca kepada sifatnya ‘anesthetic’ yang mengurangkan radang dan bengkak.Selain ditampal terus pada gigi, berkumur dengan air rebusan cengkih juga salah satu caranya.
Ekstrak minyak cengkih sudah banyak menjadi ubatan, boleh dapatkan di Guardian, atau juga Lazada ada yang menjualnya.
Boleh cuba minyak cengkih dari Hurix pada link ini :Hurix Cengkih Oil
Dalam pelbagai jenama.
2. Bawang Putih
Bawang Putih | Google ImageBersifat pedas dan meluap-meluap serta memiliki bau yang tajam. Ditumbuk sehingga mengeluarkan jus dan ditampal pada bahagian gusi atau gigi yang sakit. Pada permulaan rasa pedih dan pedas datang sekali gus tapi kelamaan akan hilang.
Salah satu sebatian yang menjadi punca kelegaan terhadap sakit gigi dengan bawang putih adalah ‘Allicin’, yang menghasilkan bau bawang tersebut.Allicin berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-fungal, senang cerita musuh penyebab sakit gigi.
Jadikan bawang putih sebagai ulam mungkin mampu mengelakkan dari jangkitan bakteria pada awalnya sendiri. Tidak disyorkan dijadikan ulaman tetapi kegunaannya dalam masakan atau mendapatkan suplement yang mengandungi ‘Allicin’.
Memang berkesan untuk jangka masa yang pendek jika takut akan berjumpa pakar gigi.
3. Air Garam
Sebelum wujudnya listerine atau colgate plax, air garam merupakan cara orang-orang tua menjaga kebersihan mulut. Memiliki sifat membasmi kuman dan mampu membersihkan sisa-sisa makanan sebelum dijamah bakteria dalam gigi.
Air garam suam lebih menjadi jika untuk berkumur. Apabila sedang berkumur, akan terasa mulut akan menjadi agak ‘longgar’ atau kebas seperti struktur gigi ingin tercabut, kesan ini mungkin yang membantu pembersihan dalam mulut.
4. Kapur dan Sirih
Kapur dan Sireh | Google ImageKapur, bersifat alkali, sirih memiliki rasa pedas. Alkali dan rasa pedas merupakan musuh asid dan bakteria. Kapur yang dimamah sekali dengan sirih mungkin kombinasi yang baik untuk mengurangkan sakit gigi. Dapat mengawal bakteria yang sedang menggali ‘khazanah’ gigi sebelum sampai ke dasar. Alkaloid yang terdapat di dalam sirih merupakan bahan kimia yang sama terdapat dalam ‘painkiller’ iaitu morphine.
5. Habbatus Sauda Jintan
Habbatus Sauda | Google ImageJintan manis dan jintan hitam memilki kriteria yang sama seperti bunga cengkih. Kedua-dua jenis rempah ratus ini sering digunakan untuk menggulai dan sup. Apa yang dimiliki bunga cengkih semestinya dimiliki jintan-jintan ini dengan merasainya pun sudah tahu kedua-duanya mampu memberikan rasa kebas menghilangkan sakit seketika.Kehadiran cuminaldehyde dalam jintan menjadikannya agen anti bakteria.
6. Daun Serai
Daun Serai | Google ImageHasil daun serai yang ditumbuk dan dicampur dalam air garam untuk kumur mampu menghilangkan sakit gigi. Kehadiran myrcene, citronellol, methyl heptanone, di pentene, geraniol, limonene, geranyl acetate, nerol dalam serai menjadikan herba yang dipanggil masyarakat mat saleh sebagai ‘lemongrass’ ini sebagai anti fungal dan anti bakteria.
Kesemua jenis bahan semula jadi ini hanya mampu menjadi painkiller. Kehadiran bahan kimia tertentu dalam bahan-bahan ini menjadikannya anti kepada bakteria yang menghasilkan asid untuk menembusi struktur gigi sehingga ke bahagian saraf gigi yang menyebabkan tercetusnya penghantaran rasa sakit ke otak.
Mengurangkan Ngilu Sakit Gigi
Bahan-bahan di atas mengurangkan dan melemahkan bakteria dan menuetralkan saki baki asid dalam gigi. Penjagaan awal sepatutnya menghalang dari menjadikan mulut sebagai kawasan penempatan bakteria dalam mulut.
Penjagaan Diet Makanan
Selain dari penjagaan kebersihan mulut, diet harian juga memainkan peranan untuk bakteria ini membiak dengan maju jayanya.
Bahan-bahan ini hanya mampu menjadi antiseptik dan bukan sebagai penyembuh sakit gigi yang kronik. Cara yang efektif untuk sakit gigi adalah mencabutnya dan cabutlah dengan pakar bukan menggunakan tombol pintu atau menyuruh adik atau rakan anda menumbuk anda.
Untuk penjagaan yang lebih dapatkan nasihat pakar seperti Dental Departures
Anda fikir anda tahu Petua Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Dengan Cara Semulajadi yang Bersifat Antiseptik ?
Anda fikir sekali lagi….
Assalamualaikum.