Program Affiliate Shopee Cara Join Beserta Dengan BUKTI Pendapatan
Adakah anda sedang mencari cara untuk menyertai Program Affiliate Shopee? Jika Ya, anda berada ditempat yang betul. Dalam posting ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu tahu, sekiranya anda minat nak buat duit dengan Shopee sebagai seorang affiliate marketer.
Posting ini mungkin agak panjang, sebab saya nak pastikan anda mendapatkan maklumat yang selengkapnya untuk jadi ejen affiliate Shopee. Sila pastikan anda dapat luangkan masa secukupnya dan teruskan pembacaan.
Pada bulan Mac 2018, laman web Involve Asia telah mengumumkan bahawa Shopee telah melancarkan program affiliate melalui platform yang dibangunkan oleh pihak Involve Asia.
> InvolveAsia is proud to announce the addition and availability ofShopee’s Affiliate Programon its platform. The marketplace joins the likes of many other ecommerce stores in the region choosing InvolveAsia to manage its affiliate channel and increase category growth, customer base, and earned media value in InvolveAsia’s growing list of publishers from all verticals.
Shopee diasaskan pada tahun 2014 di Singapura dan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2015 diikuti oleh semua negara-negara Asean [rujukan: Ebook Bisnes Shopee]
Selepas tiga tahun dilancarkan, pada tahun 2018 barulah program affiliate Shopee dilancarkan di Malaysia. Saya menjangkakan pihak Shopee akan memperkenalkan platform affiliate milik mereka sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh pihak Lazada Malaysia, namun sebaliknya mereka menggunakan teknologi sedia ada yang dikendalikan oleh Involve Asia.
Dengan ini, kita boleh katakan terdapat dua cara untuk buat duit di laman web dan apps Shopee. Pertama, sebagai penjual atau seller, dan cara kedua adalah sebagai ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual di Shopee.
Buat duit sebagai seller di Shopee – Anda boleh pilih sama ada nak jadi seorang penjual yang memegang dan menyimpan stok sendiri ataupun kalau tak berani ambil risiko, boleh gunakan kaedah dropship. Kedua-dua kaedah ini ada kelebihannya yang tersendiri.
Sekiranya anda bimbang salah langkah atau mahukan tunjuk ajar secara langkah demi langkah macam mana nak jadi penjual di Shopee, saya syorkan anda download dan baca ebook Panduan Bisnes Shopee ini.
Matlamat artikel ini adalah untuk bincangkan cara buat duit sebagai ejen affiliate Shopee. Justeru, saya akan fokus pada topik buat duit sebagai affiliate Shopee sahaja.
Bagaimana cara nak join Program Affiliate Shopee?
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk jadi affiliate Shopee. Saya akan kongsikan kepada anda satu per satu.
(1) Join program affiliate melalui platform Involve Asia
Bagi mereka yang sebelum ini pernah mendaftar sebagai affiliate melalui Involve Asia, anda boleh terus mula buat promosi dan dapatkan link affiliate di member area.
Namun, bagi mereka yang masih baru dan belum pernah daftar, anda boleh buat pendaftaran melalui pautan ini.
Setelah anda klik pada pautan tersebut, paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Isikan borang diatas selengkapnya.
Kemudian anda perlu scroll down dan isikan pula bahagian Property Details.
Pada ruangan Property Type, anda boleh pilih sama ada
(1) Ad Network
(2) Comparison
(3) Content
(4) Coupons
(5) Influencer
(6) Loyalty
(7) Others
Oleh kerana saya adalah seorang penulis blog dan lebih selesa membuat kerja pemasaran melalui blog, maka saya set disitu property type sebagai content. Kemudian saya daftarkan pula alamat url blog saya, iaitu / sebagai property URL.
Saya pernah baca sebelum ini, yang pihak Involve Asia hanya akan approve sales yang terhasil daripada kerja pemasaran yang kita lakukan melalui property yang kita daftarkan sahaja.
Sekiranya berlaku jualan dan ianya berpunca daripada property yang kita tak pernah daftarkan, maka jualan dan komisen yang terhasil tidak akan diambil kira.
Kenapa wujudnya peraturan seperti ini?
Pada pendapat saya, ini mungkin sebagai langkah pencegahan supaya para affiliate tidak melakukan aktiviti spam semasa membuat kerja pemasaran. Kalau mereka degil nak buat spam juga, akhirnya affiliate tersebut yang akan rugi sebabnya setiap jualan yang berlaku tidak akan diambil kira.
Mereka yang agak baru dalam bidang pemasaran online, memang ada antara mereka yang tak faham apa yang dimaksudkan sebagai spam? Ada juga yang beranggapan SPAM dan SCAM adalah perkara yang sama.
Sebenarnya tak sama.
Scam ini merujuk kepada aktiviti penipuan. Orang yang melakukan penipuan diinternet, kita panggil dia sebagai scammer.
Manakala spam pula merujuk kepada satu aktiviti membuat posting yang sama, secara berulang-ulang kali, dan posting tersebut diterbitkan dibanyak tempat, sama ada di akaun media sosial milik dia sendiri, digroup, dihantar melalui personal message, diruangan komen orang lain dan sebagainya. Aktiviti spam adalah satu bentuk gangguan di internet yang menimbulkan rasa kurang senang pengguna internet yang lain.
Cuba anda lihat laman web, atau fanpage yang popular. Anda mungkin akan perasan, dalam posting yang diterbitkan akan ada pemilik akaun yang akan membuat posting berbentuk promosi, sama ada jual barang atau servis, dan perkara tersebut langsung tak ada kaitan dengan posting asal pemilik fanpage.
Individu seperti ini sebenarnya telah melakukan spam dan ia merupakan satu bentuk pemasaran yang tak beretika. Tapi biasalah, orang kita ni kalau kita tegur, dia akan melenting. Dia akan tanya kita balik, salah ke? Tak kan sesama bangsa tak boleh nak tolong? Tolong saudara sesama agama tak kan tak boleh?
Kalau saya secara peribadi, jadi sasaran spam, saya memang tak akan cakap banyak. Saya akan terus block je orang tu. Kalau dibiarkan, nanti setiap posting kita, semua dia nak buat spam. Dia fikir dia seorang je yang nak cari makan.
Orang lain susah payah fikir idea untuk buat posting, bangunkan fanpage hingga jadi popular, keluarkan duit yang banyak untuk pengiklanan, tiba-tiba muncul individu yang kita tak kenal, buat spam, dan dia minta kita biarkan aktiviti spamming dia tu, atas alasan bangsa dan agama… ceh… dah macam parti politik yang menunggang isu bangsa dan agama pula perangai dia.
Masalah dengan spam ini jika dibiarkan berleluasa, akan mencalarkan nama baik dan reputasi pemilik jenama. Orang akan mula bercakap sesuatu yang tak benar, misalnya,
“Aku cukup benci iklan syarikat XYZ, asal aku buat posting je mesti ada yang spam iklan”
Walhal, yang buat spam adalah ejen affiliate. Bukannya syarikat tersebut. Pihak syarikat mungkin telah menetapkan satu standard pemasaran yang betul, tapi ada ejen yang tak beretika dan malas membaca, suka-suka hati langgar terma dan syarat yang telah ditetapkan. Akhirnya yang busuk nama ialah pemilik jenama dan syarikat.
Jika anda seorang yang aktif di media sosial, sama ada Youtube, Facebook, Twitter dan sebagainya, dan bakal menggunakan platform tersebut dalam kerja pemasaran, maka anda boleh set kepada Influencer.
Nanti pada bahagian property URL, anda masukkan alamat url fanpage anda. Contoh saya punya ialah /SabreehussinDotCom/
Bagaimana kalau property yang anda ingin guna dan daftarkan tak termasuk dalam senarai yang diberikan?
Sebagai contoh, group whatsapp, wechat atau telegram. Apa yang perlu dilakukan? Untuk situasi ini sebaik-baiknya anda hubungi dan tanyakan terus kepada pihak Involve Asia. Sila dapatkan kepastian terlebih dahulu sama ada property tersebut diterima atau tidak untuk digunakan.
Klik pada setuju pada terma dan syarat, dan tunggu permohonan anda untuk sertai Involve Asia diluluskan. Selesai satu perkara, seterusnya kita lihat pada bahagian yang lebih serius.
Struktur Komisen Program Affiliate Shopee
Maklumat ini saya perolehi dari laman web Involve Asia. Sebenarnya anda juga boleh perolehi maklumat ini dari laman web yang sama. Anda hanya perlu login sahaja ke member area.
Rujuk screenshot dibawah.
Setiap produk yang dijual di Shopee bakal memberikan komisen yang berbeza mengikut kategori. Umumnya, dengan mempromosikan produk-produk Shopee, kita bakal memperolehi komisen affiliate sehingga 9.1%
Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan bahawa struktur komisen ini akan sentiasa ada perubahan. Anda mungkin akan dapati, struktur komisen telah berubah, pada waktu anda membaca catatan ini. Jika anda dapati, struktur komisen sudah tak sama, sila ikut maklumat yang terkini yang disiarkan di member area Involve Asia, dan anggap sahajalah perkongsian saya ini sebagai tujuan akademik.
Bermula 1 June 2021, struktur komisen adalah seperti berikut
List diatas sebenarnya panjang lagi, tapi saya potong setakat item nombor 8 sahaja.
Contohnya, kita berjaya jual barangan komputer berharga RM1,000. Komisen yang bakal kita perolehi adalah sebanyak 4.20% untuk pelanggan baru yang tak pernah daftar akaun di Shopee, dan 0.70% jika pelanggan tersebut merupakan pelanggan sedia ada.
Namun, untuk pengiraan komisen, kita andaikan bahawa kita berjaya dapatkan pengguna baru, dan kadar komisen kita adalah 4.20%.
Maka komisen sebenar yang kita akan dapat ialah
4.20% X RM1,000 = RM42
Tapi tunggu dulu. Ingat lagi kan tentang komisen cap RM35? Dalam situasi ini, walaupun 4.20% dari RM1,000 adalah sebanyak RM42, namun komisen anda adalah setakat RM35 sahaja.
Kita berjaya dapatkan sales untuk barang harga RM1,000 tapi komisen kita cuma RM35 sahaja. Berbaloi ke tak rasa-rasanya?
Persoalannya, kenapa macam ni? Kenapa perlu ada sales cap? Saya tak ada jawapannya. Tapi mungkin kita boleh anggap ianya diatur sebegini rupa bagi memastikan kelangsungan program affiliate ini. Kalau bagi komisen yang tinggi kepada affiliate, pihak Shopee MUNGKIN terpaksa memperkenalkan atau menaikkan yuran (fees) kepada para peniaga yang berjaya beroleh jualan.
Atau mungkin komisen kepada affiliate dianggap sebagai kos yang Shopee perlu bayar (sebagai kos pemasaran) dan jika kos terlalu tinggi, silap haribulan mereka terpaksa batalkan program-program seperti Shopee Free Shipping Program yang menjadikan platform ini menarik untuk para seller.
Tak suka pening-pening kepala urus jualan, tapi masih nak buat duit dengan Shopee?
Program affiliate memang PERFECT untuk mereka yang malas nak fikir tentang urusan jual beli di Shopee. Kalau jadi seller, anda kena uruskan tempahan, bagi yang baru bermula kena pos barang ke pos laju, dan kena pastikan pelanggan benar-benar puas hati dengan barangan yang diterima.
Baca juga: Ciri-ciri program affiliate yang PERFECT
Tetapi, kalau jadi affiliate, kita tak perlu nak fikir itu semua.
Kemahiran paling ASAS sebagai seorang affiliate adalah bawa masuk trafik untuk masuk ke laman web atau apps jualan Shopee melalui link affiliate. Seterusnya pelawat yang masuk ke website ini bebas untuk buat apa sahaja.
Sama ada nak beli, sekadar nak tengok-tengok, atau apa sahaja. Kita tak perlu risau sangat dengan bab-bab teknikal. Cuma anda kena pastikan, setiap kali buat promosi tentang produk di Shopee, kena masukkan link affiliate.
Program affiliate seperti Shopee ini memang ada banyak kelebihannya. Kita pertimbangkan kelebihan yang bakal kita perolehi, dan selepas itu anda mungkin akan nampak, ianya agak wajar sekiranya komisen yang kita perolehi tidak besar mana.
Baca juga: 15 Kelebihan buat duit dengan affiliate marketing
Cara dapatkan link Affiliate Shopee?
Mudah sahaja.
Login ke member area Involve Asia.
Klik pada Browse Merchant (saya tandakan dengan kotak merah) dan seterusnya cari Shopee.
Lihat screenshot diatas.
Tekan klik pada Generate Link.
Sekali lagi tekan butang Generate.
Pada kotak Generated Link adalah link affiliate yang anda perlu promosikan.
Ini adalah link asal (milik saya) yang terhasil.
> /aff_m?offer_id=100126&aff_id=2059&source=deeplink_generator
Memandangkan link tersebut terlalu panjang, maka saya pendekkan dengan menekan tick pada kotak Shorten Link. Ini link saya yang baru.
> /clgo5y
Link yang baru nampak lebih kemas, bukan?
Kemudian saya tukar link tersebut menggunakan plugin Pretty Link, daripada link asal /clgo5y menjadi /shopeeMY
Plugin Pretty Links adalah plugin percuma yang kita boleh install sekiranya kita menggunakan blog wordpress self hosted.
Tujuan saya menggunakan plugin ini adalah untuk memudahkan saya lakukan perubahan andaikata link affiliate tersebut sudah tak berfungsi. Saya bukan hanya gunakan satu blog untuk tujuan pemasaran.
Saya guna beberapa blog, dan link tersebut saya masukkan dalam beberapa artikel yang saya tulis. Andai kata link tersebut sudah tak berfungsi, saya tak perlu nak edit setiap artikel yang ada diselitkan dengan link tersebut.
Sebaliknya saya hanya perlu update link yang rosak kepada yang baru melalui dashboard Pretty Link sahaja. Saya hanya perlu tukar destination url, tanpa membuat sebarang perubahan pada url asal. (Maaflah kalau penerangan saya agak teknikal dan bahasa agak jargon. Kalau anda biasa baca perkongsian saya tentang blogging dan sebagainya, pasti anda boleh faham apa yang saya sampaikan)
Bukti komisen hasil mempromosikan laman web Shopee
Sebenarnya walaupun program ini dah lama dilancarkan dan saya sebagai ahli Involve Asia boleh promosikan website Shopee sejak dari 2018 lagi, namun saya tidak berbuat demikian.
Alasannya ialah, saya agak frust dengan program ini, sebab dari masa ke masa, program ini dihentikan dan tak lama lepas tu disambung semula.
Kadang-kadang tak perasan, link affiliate Shopee sudah tak aktif. Ya, kena selalu semak. Cuma geram jugak, bila orang klik link affiliate Shopee kita, tiba-tiba dibawa ke blank page dan tertulis “offer isn’t active”.
Benda ni masih berlaku, cuma mungkin dah tak begitu kerap.
Saya berjaya dapat komisen, cuma tak banyak. Maklumlah, promosi pun macam nak tak nak je.
Bulan May Komisen RM5.10
Bulan Jun Komisen RM7.00
Bulan Julai Komisen RM1.47 + RM4.70
Ada jugak komisen yang kena REJECT. Yang tu tak payah tunjuk la kan haha buat sakit hati je.
Komisen yang kena reject ini boleh berlaku atas beberapa sebab, contohnya
1. Pembeli batalkan tempahan
2. Pembeli tak bayar
3. Pembeli minta refund
4. Fraud booking
Biasanya kalau Shopee ada buat promosi besar-besaran, sama ada promosi 7.7, 8.8, 9.9 dan sebagainya, masa tu kita akan dapat lihat akan ada banyak komisen yang masuk berderet-deret.
Masa tu memang rasa seronok sangat, walaupun komisen tak besar mana. Tapi kalau ada banyak transaksi, bila kita campur-campurkan jumlahnya jadi banyak juga, kan?
Apa yang bagusnya bila join program affiliate melalui Involve Asia?
Program affiliate Shopee bukanlah satu-satunya laman web ecommerce yang boleh kita promosikan. Ada banyak lagi.
Anda boleh klik ke browse merchants untuk tengok senarai merchant atau syarikat yang anda boleh promosikan disitu. Saya juga ada buat screenshot dibawah.
Nama-nama yang popular selain Shopee, juga ada disitu.
Ada Lazada, Kinokuniya, Qoo10, dan MrDIY pun ada.
Selain kumpul komisen dari Shopee, pada masa yang sama, anda juga boleh kumpul komisen dari Lazada. Buat dua benda sekali jalan.
Lazada dan Shopee mungkin adalah pesaing.
Tapi kelebihan sebagai affiliate, kita boleh promosikan kedua-duanya sekali, dan berikan pilihan kepada pengguna internet untuk buat pilihan, nak beli dari mana?
Kalau pengguna tu fikir beli dari Shopee lebih untung, kita akan dapat komisen affiliate.
Jika pengguna tu rasa lebih selesa nak beli dari Lazada, kita masih dapat komisen.
Biasanya ini berlaku apabila kita buat laman web atau artikel yang memberikan perbandingan harga antara Shopee dengan Lazada.
Pembaca atau pelawat akan klik pada kedua-dua link affiliate kita untuk bezakan tawaran. Waktu ini, kalau dia buat pembelian, tak kisahlah sama ada di Shopee mahupun di Lazada, kita tetap akan dapat komisen.
Baiklah, saya harap penerangan saya tak begitu complicated.
Kalau anda rasa minat nak join sebagai affiliate Shopee, boleh berbuat demikian dengan mengisi maklumat anda di sini.
(2) Join Program Affiiliate Shopee melalui Access Trade
Berita baik untuk para pembaca sekalian. Untuk makluman, anda juga boleh sertai Program Affiliate Shopee ini melalui affiliate network yang dikenali sebagai Access Trade.
Sekiranya ada pembaca yang ada masalah untuk join melalui Involve Asia, anda boleh cuba untuk sertai melalui Access Trade ini. Ataupun bagi mereka yang tak ada masalah pun sebenarnya, tapi nak join melalui dua-dua kaedah ini pun boleh. Tak ada sebarang halangan.
Bagi anda yang masih belum ada akaun dengan Access Trade, sila ke halaman ini untuk membuat pendaftaran.
Seterusnya paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Isikan maklumat diatas selengkapnya.
Dalam program Access Trade ini anda perlu ada laman web, blog ataupun FB Fanpage. Anda perlu berikan link url dibahagian site url. Anda hanya dibenarkan untuk membuat pemasaran menggunakan property yang telah anda daftarkan sahaja. Ya, konsepnya lebih kurang sama dengan Involve Asia.
Sila berikan masa untuk pendaftaran anda disahkan.
Setelah pendaftaran anda telah berjaya, anda boleh akses ke member area.
Untuk mereka yang baru pertama kali mendapat akses ke member area, anda perlu klik di bahagian available campaigns.
Seterusnya paparan seperti dibawah akan muncul.
Bagi tujuan mempercepatkan carian, gunakan fungsi search untuk cari “Shopee”. Bila dah jumpa merchant Shopee, klik pada kempen tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Pada bahagian ini, kita boleh dapatkan beberapa maklumat seperti
(1) Kadar komisen berapa peratus
(2) Komisen cap
(3) Kaedah promosi yang dibenarkan
Klik sahaja pada butang Apply Now.
Kita akan dapat email yang mengatakan permohonan kita sedang dalam proses review. Tak apa, kita bagi masa untuk pihak Access Trade membuat semakan pada akaun kita terlebih dahulu.
Mereka mungkin nak buat semakan terlebih dahulu, bagi mengetahui sama ada kita mempunyai kelayakkan yang diperlukan atau tidak untuk mempromosikan Shopee.
Involve Asia dan juga Access Trade ini mempunyai beberapa persamaan. Selain mempromosikan Shopee, anda juga boleh mempromosikan lain-lain merchant yang terkenal, contohnya seperti Lazada, Air Asia, Lala Move dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan senarai penuh di member area setelah pendaftaran anda diterima.
Access Trade ini juga ada menawarkan program referral yang agak menarik.
Selain mempromosikan pelbagai jenama, anda juga boleh jana pendapatan dengan mempromosikan program referral Access Trade. Kalau anda masih belum join, boleh join melalui pautan ini.
(3) Shopee Ambassador Programme (SAP)
Ini merupakan program affiliate in house yang ditawarkan oleh pihak Shopee sendiri. Jujurnya saya pun tak pasti, bilakah tarikh yang tepat program ini dimulakan.
Maklumlah selama ini saya hanya fokus mempromosikan produk Shopee melalui Involve Asia sahaja. Kemudian pada satu hari, saya perasan ada beberapa kenalan di Facebook yang mula aktif mempromosikan produk-produk Shopee. Apa yang menarik perhatian saya ialah link affiliate mereka nampak sama seperti link original milik Shopee.
Dari situ saya mula membuat pembacaan dan saya dapati rupa-rupanya pihak Shopee telah pun mula menawarkan program affiliate mereka sendiri.
Untuk mula mendaftar, sila ke halaman berikut melalui url /
Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan
Klik pada butang Enter Now.
Anda akan diminta untuk login ke akaun Shopee milik anda.
Seperti biasa, anda akan diminta untuk mengisi borang pendaftaran sebagai affiliate.
Ada tiga langkah diperlukan dalam mengisi borang pendaftaran, iaitu
(1) Maklumat peribadi
(2) Media Information (atau property) yang bakal anda gunakan
Anda ikut sahaja step by step yang diperlukan. Ikut pengalaman saya yang lalu, pihak Shopee mengambil masa yang agak lama juga untuk memberikan approval kepada pendaftaran baru. Pada fasa ini, kita hanya boleh menunggu sahaja.
Baiklah, kita andaikan yang pendaftaran anda telahpun diterima. Seterusnya kita akan teruskan dengan membuat kerja-kerja pemasaran.
Cara dapatkan link Affiliate Shopee
Pada peringkat ini, anda mungkin sudah mula terbiasa dengan cara-cara untuk dapatkan link affiliate. Dari Involve Asia, Access Trade dan sekarang ini, Shopee Ambassador Programme, cara untuk dapatkan link affiliate tak banyak beza… dan ianya juga tak sesukar mana.
Tapi tak apa, saya akan tunjukkan juga caranya disini.
Mula-mula sekali kita pilih dulu, apakah halaman di Shopee yang ingin kita promosikan. Sama ada nak fokus pada
(1) Produk yang spesifik
(2) Jenama produk
(3) Kategori produk
(4) Nama penjual atau Shopee Store
Dalam contoh ini, saya memilih untuk mempromosikan Shopee Store. Saya pilih untuk mempromosikan kedai Shopee bernama All in one Hub. Kedai ini menjual pelbagai jenama jam tangan termasuk jam tangan original G-Shock.
Ini adalah link kedai tersebut
/all_in_one_hub
Link tersebut adalah link tanpa sebarang code affiliate. Untuk tukarkan link tersebut menjadi link affiliate, kita perlu log in ke member area Shopee. Dibahagian dashboard, cari option custom link.
Lihat screenshot dibawah ini.
Boleh nampakkan dekat mana saya paste link tersebut? Kemudian kita klik sahaja Get Link.
Bila dah tekan Get Link, sistem Shopee akan berikan link baru dan link tersebut adalah link affiliate kita. Kita ada dua pilihan sama ada nak menggunakan link yang panjang atau link yang pendek.
Lihat contohnya dibawah.
Link yang panjang
/universal-link/all_in_one_hub?utm_source=an_ &utm_medium=affiliates&utm_campaign=-&utm_content=—-&af_siteid=an_ &pid=affiliates&af_click_lookback=7d&af_viewthrough_lookback=1d&is_retargeting=true&af_reengagement_window=7d&af_sub_siteid=—-&c=-
Link yang pendek
/qfni392
Kedua-dua link ini boleh digunakan dan ianya akan membawa anda ke halaman yang sama, iaitu ke kedai online milik All In One Hub.
Apa yang menariknya dengan Shopee Ambassador Programme (SAP)
Ini merupakan program affiliate Shopee yang dikendalikan oleh pihak Shopee itu sendiri. Maka ia pasti ada kelebihannya yang tersendiri.
Pertama yang saya suka dengan program SAP ini ialah, link affiliate yang terjana nanti sudah menggambarkan itu merupakan link ke kedai Shopee. Kita tak perlu susah payah nak pendekkan lagi link url menggunakan servis percuma seperti bit.ly dan sebagainya.
Kali pertama prospek melihat link tersebut, dia terus tahu ianya adalah link shopee dan mereka akan merasa selamat dan yakin untuk klik pada link tersebut.
Kedua, komisen cap yang ditetapkan oleh Shopee adalah sebanyak USD12 atau lebih kurang RM50. Nilai ini lebih tinggi kalau nak bandingkan dengan komisen cap yang bakal kita perolehi dari Involve Asia.
Adakah terdapat cara lain untuk kita jadi ejen Affiliate Shopee? Jawapannya sudah tentu ada. Sila teruskan pembacaan.
(4) Join Program Affiliate Shopee melalui IndoLeads
Ini merupakan satu lagi affiliate network yang anda boleh sertai. Program ini diberi nama IndoLeads.
Memandangkan konsep IndoLeads ini boleh dikatakan sama sahaja dengan Involve Asia dan Access Trade, saya rasa tak perlulah saya menulis panjang lebar mengenai program ini.
Seperti biasa, jika anda minat nak daftar, boleh isikan borang pendaftaran disini. Seterusnya anda perlu tunggu pendaftaran anda disahkan oleh pihak admin.
Anda perlu buat permohonan sebelum diterima untuk mempromosikan produk-produk yang dijual di Shopee melalui IndoLeads. Sila rujuk pada screenshot dibawah ini ya.
Klik pada tab marketplace dan seterusnya anda gunakan fungsi search untuk mempercepatkan proses carian. Pada bahagian search box, taip sahaja keyword “Shopee” dan anda akan temui hasil carian seperti diatas.
Jika anda ingin mempromosikan Shopee di Vietnam, anda pilih Shopee Vietnam.
Jika anda ingin mempromosikan Shopee di Indonesia, pilihlah Shopee Indonesia.
Jika anda ingin mempromosikan Shopee kepada pelanggan di Thailand, pilihlah Shopee (TH).
Jika anda ingin mempromosikan Shopee di Malaysia, maka pilihlah Shopee Malaysia.
Baiklah saya rasa itu sahaja perkongsian saya buat kali ini. Andai kata anda masih belum jelas mengenai cara kerja dan bagaimana program affiliate berfungsi, saya syorkan anda baca juga perkongsian saya terdahulu yang berjudul Pengenalan kepada Program Affiliate.
Saya ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya!
Ada banyak sangat produk yang dijual di Shopee. Tak kan satu produk pun anda tak boleh jual? Mustahil tu 🙂 Melainkan anda macam saya satu ketika dulu, tak buat marketing langsung lepas dah jadi affiliate.
Sebab tu sales sendu je.
Tapi kalau anda konsisten buat marketing, In Shaa Allah anda juga pasti boleh hasilkan pendapatan yang cukup selesa menerusi program Affiliate Shopee ini.
Baca juga artikel berikut: