8 Petua Cara Penjagaan Rambut Agar Rambut Cepat Panjang

Rambut adalah sebagai mahkota yang sangat berharga. Memiliki rambut yang cantik, lebat, panjang dan bersinar adalah impian setiap insan. Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan jika kita tidak tahu menjaga dan merapikan rambut dengan baik. Kesihatan dan faktor genetik amat memainkan peranan yang penting dalam hal penjagaan rambut. Manjakan rambut anda dengan petua yang akan kami kongsikan disini.

Jangan Kerap Mencuci Rambut
via mstar.comMemang betul mencuci rambut adalah untuk membersihkan kotoran di kulit kepala dan kita akan merasa lebih segar.

Namun, tahukah anda bahawa syampu yang kita gunakan mempunyai bahan sulfat yang akan menghilangkan minyak alami di kulit kepala yang sememangnya amat diperlukan bagi memperbaiki dan menyihatkan rambut. Penggunaan syampu yang telalu kerap akan melemahkan dan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi tidak sihat.

Kita disarankan untuk mencuci rambut sekurang-kurang 2-3 hari sekali dan elakkan mencuci rambut dengan air panas kerana air panas akan melambatkan proses pertumbuhan rambut dan masalah pada kulit kepala.

Perapi Rambut
Ramai yang mengganggap perapi rambut tidak penting. Sebenarnya, memakai perapi rambut setiap kali selepas syampu dapat melembapkan folikel rambut dan rambut akan terasa lebih halus dan tidak kusut serta mengelakkan dari rambut menjadi bercabang.

Pemakaian pelembap rambut secara konsisten berupaya membuatkan rambut lebih cepat panjang dan menghindari rambut dari menjadi kering. Tapi ingat jangan pakai perapi hingga hujung akar rambut, ini akan menyebabkan rambut rosak dan kulit kepala berminyak. Cukup hanya sekadar sapuan dari paras bawah telinga hingga kehujung rambut.

Tonik Rambut
via gayarambut.co.idWajib untuk memakai tonik rambut setelah rambut dibersihkan. Pemakaian tonik rambut adalah sangat baik kerana ianya adalah sebagai ‘booster’ yang akan menyegarkan dan menguatkan akar rambut dan mencegah rambut menjadi rapuh. Penggunaan tonik rambut juga akan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut baru dan subur.

Jangan Kerap Ikat Rambut
via bubblynotesJangan terlalu kerap mengikat rambut dengan ketat sehingga menarik permukaan kulit kepala. Ini akan melemahkan akar rambut dan pori-pori rambut akan tersumbat. Pengaliran darah menjadi tidak lancar dan sumber darah ke kulit kepala akan berkurangan dan akan melambatkan proses pertumbuhan rambut. Disarankan untuk mengikat rambut secara longgar dan menggunakan getah rambut yang lembut.

Urutan Kulit Kepala
Urut kulit kepala setiap malam sebelum tidur dengan cara tundukkan kepala dan membalikkan semua rambut dari belakang ke depan dan urut selama minit dengan perlahan-lahan. Urutan kulit kepala dapat membantu untuk meransang peredarah darah yang segar ke kulit kepala, menguatkan akar rambut dan pendorong yang bagus untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan kuat.

Cara Sikat Yang Betul
via hijabheels.comMenggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan yang penting dalam proses penjagaan rambut.

Sikat yang sisirnya jarang dan panjang lebih bagus digunakan kerana ianya kurang menarik rambut yang boleh menyebabkan keguguran dengan banyak manakala sikat yang sisirnya lebih rapat akan berisiko untuk rambut menjadi mudah putus.

Cara terbaik untuk menyikat rambut adalah dengan bahagikan rambut kepada 2 bahagian dan genggam bahagian tengah rambut, sikat bahagian bawah terlebih dahulu kemudian baru bahagian atas dengan lebih lembut.

Elakkan Pewarna Dan Pengering Rambut
Hindari dari sering mewarnakan rambut kerana ini akan membuatkan rambut mudah rosak teruk kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut amat tinggi.

Pengering rambut juga boleh menyebabkan akar umbi kulit kepala dan rambut menjadi rosak dan kering. Biarkan rambut kering secara semulajadi.

Trim Rambut
Trim rambut sekurang-kurangnya 3-4 bulan sekali dapat membuatkan rambut lebih cepat panjang dan kurang rambut bercabang. Hanya potong 2-3 inci hujung rambut sahaja.

Cara Penjagaan Rambut Yang Kita Hanya Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah
Teh Hijau

Lumurkan 2 sudu teh hijau atas rambut secara menyeluruh, tutup dengan kain dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas rambut dengan bersih.Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat melancarkan pengaliran darah hingga meransang pertumbuhan rambut dengan cepat.

Santan Kelapa

Lumur rambut dengan santan kelapa yang diperah dan tutup dengan kain selama 20 minit, kemudian bilas hingga bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu. Santan kelapa dapat menjadikan rambut lebih lebat, lembut dan hitam bersinar.

Lidah Buaya

Tambah titisan madu dalam gel lidah buaya dan lumur keseluruhan rambut atau boleh terus melumur rambut dengan gel daun lidah buaya yang dikupas kulitnya. Biarkan selama 30 minit kemudian dibilas sehingga bersih. Daun lidah buaya dapat menambahkan nutrisi pada rambut.

Bawang Merah

Kupas sebiji bawang merah, parut dan perah untuk diambil airnya sahaja dan lumur pada keseluruhan rambut. Biarkan beberapa minit dan cuci hingga bersih. Kandungan belerang yang tinggi yang terdapat pada bawang merah mampu membuatkan rambut tumbuh dengan lebih cepat secara semulajadi.

Semoga tip ini dapat membantu dalam penjagaan rambut yang sihat. Semoga bermanfaat

> Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.