Cara Buat Blog Sendiri Dengan Mudah Updated 2022

Belajar cara buat blog @ cara membuat website sendiri langkah demi langkah hingga siap online!

Anda mahu buat blog dan nak tahu bagaimanakah caranya.

Dan kalau boleh, anda mungkin nak buat sendiri.

Sebenarnya, buat blog tidaklah sesukar yang disangka.

Dengan sedikit panduan anda pasti boleh melakukannya.

Dalam post ini, saya cuba untuk membantu anda belajar buat blog sendiri.

Selengkap yang mungkin dan dengan bahasa yang mudah difahami.

Pasti boleh buat.

Jika dah berjaya buat nanti bolehlah anda cuba untuk buat duit dengan blogpula.

Sebelum mula kita lihat dahulu:

Apakah keperluan utama untuk Buat Blog?
Untuk memiliki blog @ buat blog sendiri anda perlukan:

1. Domain & hosting – Nama dan tempat simpan blog anda
2. Bajet – Untuk beli domain dan hosting
3. Masa – Masa untuk buat blog hingga siap

Pertama sekali anda perlu dapatkan domain dan hosting untuk blog anda.

Domain adalah nama blog anda contohnya

Hosting pula tempat fail-fail untuk blog anda disimpan.

Biasanya domain dan hosting ini anda boleh dapatkan sekali dari syarikat pilihan anda.

Boleh juga beli dari syarikat berbeza, tapi lagi senang beli satu tempat.

Senang nak urus.

Kemudian anda perlukan sedikit perbelanjaan untuk membeli domain dan hosting tersebut.

Lebih kurang RM120++ setahun untuk domain dan hosting.

(Ikut mana syarikat anda beli domain dan hosting tersebut)

Jumlah yang anda belanjakan ini akan anda cover dengan mudah bila masa blog anda mula mendatangkan income nanti.

Saya akan terangkan kemudian bagaimana cara nak beli dalam bahagian seterusnya.

Mungkin anda terfikir, kenapa tak buat blog yang percuma sahaja?

Kan kita boleh buat blog percuma dengan worpress.com atau blogger (blogspot)?

Jika anda nak buat blog sekadar nak cuba-cuba bolehlah guna yang percuma ini.

Jika anda serius dalam blogging belilah domain dan hosting sendiri.

Sukar untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang boleh didapati daripada blogging dengan khidmat percuma tersebut.

Ini tak boleh buat, itu tak boleh buat.

(Bagaimana nak generate income?)

Lepas beli domain dan hosting anda perlu luangkan sedikit masa untuk install dan setup blog.

Proses ini ambil masa sedikit.

Tapi buat cuma sekali sahaja.

Lepas siap, bolehlah anda mula fokus dengan content blog anda..

Topik seterusnya, sebelum anda mula buat blog:

WordPress sebagai platform pilihan

Untuk buat blog kita kena putuskan nak guna platform mana satu.

Ada wordpress, blogger (blogspot), wix, drupal dan joomla dan lain-lain.

Platform ini tugasnya menerima input dari anda dan menukarkan ia kepada paparan yang menarik untuk dibaca oleh para pelawat blog.

Saya gunakan wordpress.

WordPress asal daripada wordpress.org.

Dan saya sarankan anda gunakan wordpress juga.

(Panduan ini juga dibuat berlandaskan penggunaan wordpress)

Kenapa wordpress?

WordPress adalah platform popular.

1 daripada 4 laman web yang anda kunjungi menggunakan wordpress.

Kelebihannya bila popular ini adalah, bantuan teknikal, pilihan theme dan plugin tak terbatas.

Lagi satu wordpress ini sangat flexible.

Anda tak perlu tahu pasal coding atau program untuk menggunakannya.

Tapi, jika anda pakar coding, anda boleh menggunakannya dalam wordpress.

Jika diringkaskan kebaikkan wordpress ini:

* Ia tersedia untuk blog
* Mudah untuk digunakan
* Sangat baik untuk SEO (trafik organik)
* Tak perlu pengetahuan coding
* Bantuan teknikal meluas
* Pelbagai pilihan theme untuk rekabentuk laman
* Pelbagai pilihan plugin untuk menambah fungsi tertentu laman

Jika pada ketika ini anda sedang gunakan platform lain contohnya blogger (blogspot) segera usahakan untuk pindah ke wordpress.

Bagaimana nak pilih wordpress untuk blog?

Untuk bahagian ini tak perlu buat apa-apa.

Tak perlu download wordpress.

Pilihan untuk install wordpress ada tersedia dalam cPanel ketika proses setup laman web nanti.

Sudah siap sedia untuk buat blog sendiri?

Berikut caranya:

Urutan Langkah Cara Buat Blog
Berikut merupakan urutan langkah untuk buat blog:

1. Pilih Niche Blog
2. Tentukan Nama Domain
3. Beli Domain dan Hosting
4. Install WordPress
5. Akses Admin WordPress
6. Install theme, plugin dan setting
7. Buat Page & Post

Mari ikuti langkah demi langkah untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci.

1 Pilih Niche Blog
Apa itu niche? Niche blog?

Niche dalam dunia blogging bermaksud tema yang anda bawakan dalam blog anda.

Apa yang anda ceritakan dalam blog anda.

Semua post-post yang anda akan buat adalah bermain disekitar niche tersebut.

Hampir seerti dengan topik atau tajuk.

Contoh niche blog adalah travel, hiking, penjagaan kulit muka dan sebagainya.

Contohnya niche untuk ithmm.com adalah ‘cara buat blog’.

Kenapa perlu tentukan niche?

Boleh tak saya just buat blog dan post apa-apa perkara yang saya mahu?

Boleh, tak ada masalah.

Blog tersebut milik anda, hak untuk menentukan terpulang daripada anda.

Akan tetapi jika anda mempunyai misi disebalik pembuatan blog tersebut, contohnya nak jana pendapatan secara online, adalah terbaik jika anda tentukan niche untuk blog anda.

Kelebihan Niche Blog.

Jika diringkaskan, berikut merupakan antara kelebihan mempunyai niche:

* Ranking SEO lagi baik
* Mudah untuk anda dapat pengikut
* Mudah untuk anda buat post nanti
* Lebih dipercayai oleh target pembaca anda
* Senang untuk anda menjana pendapatan
* Sangat baik untuk affiliate
* Target pembaca anda lebih aktif

Contohnya ringkas seperti berikut.

Anda nak cari info berkenaan kebaikkan vitamin C.

Anda search dekat Google dan dapat 2 keputusan carian yang berkaitan seperti berikut:

1. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog kesihatan
2. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog mat hensem

Mana satu anda lebih percaya atau yakin untuk membaca?

No 1 atau no 2?

Seimbas lalu sudah semestinya artikel no 1. Bukan?

Seterusnya:

Bagaimana nak pilih Niche Blog?

Jika anda buat blog untuk syarikat anda (agensi perlancongan, pembinaan dan sebagainya) sudah tentu anda kena pilih niche tersebut.

Jika anda nak mulakan blog dari 0;

Pilihan terbaik adalah:

* Buat niche yang anda minat
* Buat niche yang mana merupakan kepakaran anda
* Buat niche benda yang anda nak belajar

Contohnya hobi anda, kepakaran anda dan sebagainya.

Anda minat bermain alat muzik gitar.

Buat niche blog yang spesifik untuk alat muzik gitar.

Anda pakar dalam bidang bertanih.

Buat niche kebun belakang rumah

Anda nak belajar editing video menggunakan software terkini.

Buat blog tutorial video editing.

Taktik seperti ini sangat berkesan untuk jangka masa panjang.

Apabila anda memilih niche yang anda minati, anda akan seronok untuk membuatnya.

Anda dapat menyelitkan perasaan atau emosi anda dalam penulisan blog.

Ini menjadikan blog anda lebih menarik.

Kebarangkalian untuk blog menjadi hambar adalah sangat tinggi jika anda tidak menyukai niche yang dipilih.

Agak sukar untuk ‘berbohong’ kepada para pembaca.

Lebih-lebih lagi jika pembaca memang minat niche yang anda pilih.

Ia boleh dikesan daripada gaya penulisan anda.

Contohnya anda nak buat blog fokus untuk affiliate.

Berdasarkan kajian anda niche affiliate yang paling hot adalah barangan kosmetik semulajadi.

Anda tak minat langsung dengan niche tersebut, tapi buat juga.

Anda masih boleh buat content tapi tak akan seseronok yang disangka.

Nak publish satu post pun dah mati kutu.

Menjadi beban dan kesusahan dalam jangkamasa panjang.

(Ini berdasarkan pengalaman sendiri…)

Oleh itu, bila nak pilih niche, pilihlah berdasarkan 3 kategori diatas.

2 Tentukan Nama Domain untuk Blog anda
Lepas anda pilih niche perkara seterusnya adalah nama domain.

Apakah nama domain terbaik untuk blog anda?

Bagaimanakah cara memilih nama domain yang terbaik?

Jika anda membuat blog untuk bisnes / syarikat, sudah tentu anda akan gunakan nama syarikat atau bisnes tersebut.

Jika anda tidak mempunyai nama khusus berikut merupakan panduan yang anda boleh gunakan untuk memilih nama domain yang terbaik.

Panduan pemilihan nama domain terbaik

* Senang untuk dieja
* Pendek
* Senang diingati
* Sentiasa pilih .com sebagai pilihan utama
* Pastikan belum digunakan oleh orang lain
* Sasarkan kepada topik anda
* Elakkan penggunaan nombor dan simbol

Rujuk juga post ini: 12 Tips Memilih Nama Domain Terbaik.

Contohnya, mungkin anda ingin membuat blog tentang pengurusan kewangan peribadi.

Nama domain baik mengikut konsep diatas adalah:

Contoh nama domain yang kurang baik adalah:

* pengurusankewanganperibadi.com

matjimat.com lebih menarik kerana senang diingat, senang dieja.

Sekali baca orang boleh tahu blog anda mesti berkaitan dengan kewangan, wang, duit atau perbelanjaan.

Sebaliknya pengurusankewanganperibadi.com pula sangat panjang, hambar, sukar dibaca dan kurang menarik.

Kelihatan sangat formal seperti scam.

Mungkin ada pakar SEO diluar sana lebih mengatakan pegurusankewanganperibadi.com lebih baik kerana mengandungi kata kunci.

Tapi ingat, SEO sekarang bukan seperti SEO dulu.

Tidak ada idea untuk nama domain anda?

Mungkin pautan ini boleh membantu anda:Wordoid.

Cuba cari beberapa pilihan nama domain untuk blog anda.

Kemudian periksa setiap satu senarai tersebut masih available untuk digunakan atau tidak.

Untuk memeriksa, boleh gunakan pautan ini: Instant Domain Checker.

Apa bila anda sudah dapat nama domain yang anda mau boleh teruskan ke langkah yang seterusnya.

3 Beli Domain dan Hosting
Bahagian ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain dan juga hosting.

Jumlah bayaran yang diperlukan adalah bergantung dengan syarikat @ penjual yang anda pilih.

Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?

Ada banyak pilihan yang boleh anda buat.

Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan:

* Sokongan & bantuan teknikal – Anda perlu banyak sokongan jika baru sahaja bermula. Agar tak buntu bila ada masalah.
* Kos murah & berpatutan – Bersesuaian dengan kemampuan anda.
* Laju & kurang downtime – Untuk SEO dan juga kelancaran anda membuat blog.

Ketika ini saya menggunakan servis (domain dan hosting) daripada 2 syarikat berikut:

adalah pilihan utama yang terbaik jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog.

Laju, jarang ada downtime dan harga murah.

Anda boleh dapat domain dan hosting (pakej stellar) dengan harga RM105 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM160 untuk tahun tahun berikutnya.

(Harga mungkin berubah mengikut kadar pertukaran matawang semasa)

Tapi, sebab utama saya sarankan namecheap kerana khidmat sokongan dan bantuan mereka yang sangat baik dan cepat.

Bila anda berhadapan dengan masalah, anda hanya perlu hubungi mereka melalui aplikasi ‘Livechat’ pada laman web mereka (yang mana beroperasi setiap masa @ 24/7!).

Saya boleh jamin mereka akan layan anda dengan baik.

Selain itu namecheap juga akan berikan anda whois data protection percuma.

Ini akan merahsiakan data peribadi anda sebagai pemilik laman web @ domain.

setakat ini merupakan syarikat terbaik yang pernah saya gunakan.

Sangat laju (tersenarai dalam senarai top-10), hampir tidak ada downtime (uptime 99.99%) dan khidmat sokongan yang baik.

Harganya mungkin agak mahal berbanding dengan namecheap.

Untuk domain dan hosting, pakej termurah kira-kira RM267 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM672 untuk tahun-tahun seterusnya.

Jika anda mempunyai bajet lebih atau mungkin anda buat laman web untuk syarikat, jangan fikir panjang – terus ambil servis dengan siteground. 👍

NOTA: Saya pernah guna servis dari ShiftServer (syarikat tempatan) sebagai alternatif kerana harga agak murah. Saya TIDAK sarankan anda ambil khidmat dengan mereka. Saya pernah alami pengalaman buruk dengan mereka. Jika anda sekarang sedang bersama Shiftserver segera usahakan untuk pindahkan domain dan juga hosting anda. Ini serius.

(Saya kehilangan 2 laman web ketika bersama dengan shiftserver)

Panduan membeli domain dan pakej hosting
Sebelum membeli domain + hosting dari mana-mana syarikat periksa dahulu sama ada terdapat sebarang promosi atau tidak.

Ini untuk mendapatkan seberapa banyak diskaun yang boleh.

Promosi tersebut selalunya dipaparkan dalam laman web mereka.

Jika anda memilih untuk menggunakan servis Namecheap ada boleh gunakan panduan berikut.

(Syarikat lain juga lebih kurang sama jalannya)

Cara Beli Domain + Hosting di Namecheap

Lawati ke laman rasmi namecheap:

Pada bahagian menu klik: Hosting > Shared Hosting.

Pilihan berikut akan keluar:

Jika anda baru sahaja bermula, pilihan terbaik adalah pakej Stellar.

Kosnya kira-kira RM65 untuk tahun pertama (50% diskaun) dan RM130 untuk tahun-tahun berikutnya.

Jika anda pilih pakej ‘Stellar’, klik pada butang ‘Get Started‘ untuk meneruskan.

Paparan seterusnya memberikan anda pilihan berkenaan dengan domain:

Klik pada butang ‘Purchase a new domain‘.

Masukkan nama domain pilihan anda:

Pastikan jumlah tahun langganan adalah mengikut pilihan anda – 1 year, 2 years….

Klik pada butang ‘Add New Domain to cart‘ untuk meneruskan.

Lihat pada bahagian ‘Your order‘ yang terletak pada bahagian kanan (jika anda menggunakan pc).

Pastikan pakej hosting dan domain anda tersenarai dalam bahagian ini.

Klik pada butang ‘Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seperti berikut akan muncul:

Pastikan pilihan berikut ada dalam senarai:

* Domain Registration – domain pilihan anda
* WhoisGuard – Pastikan ‘enabled’. Servis ini diberikan percuma. Bertujuan menyembunyikan data peribadi anda.
* Hosting – Stellar.

Jumlah yang perlu dibayar dipaparkan pada bahagian ‘Your Subtotal’ yang terletak pada sebelah (kanan paparan PC)

Sebelum anda meneruskan untuk membayar, periksa dahulu bahagian promosi untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan.

Untuk lihat promosi terkini lawati bahagian: Promosi Namecheap

Copy mana-mana diskaun code yang berkenaan dan masukkan dalam ruangan “promo code”.

Seterusnya, klik pada butang ‘Confirm Order.

Langkah seterusnya memerlukan anda membuat akaun dengan namecheap. Ini penting bagi membolehkan anda mengurus laman web anda.

Isikan bahagian yang diminta seperti:

* Username – Id yang akan anda gunakan untuk login ke akaun namecheap
* Password – Password pilihan anda
* Confirm Password – Untuk memastikan anda masukkan password yang sama @ betul
* First name – Nama anda
* Last name – Nama ayah atau sambungan penuh pada nama anda
* Email address – Alamat email yang boleh anda akses

Simpan maklumat tersebut untuk kegunaan anda login nanti.

(Maklumat yang sama akan dihantar ke email yang anda daftarkan)

Pastikan semua maklumat betul kemudian klik pada butang ‘Create Account and Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seterusnya adalah pilihan cara pembayaran.

Anda boleh memilih untuk membayar melalui:

* Secure Card Payment – Anda boleh gunakan kad debit atau kredit
* Paypal – Jika anda mempunyai akaun paypal
* Account Funds – Untuk pilihan lain seperti bitcoin

Saya membuat bayaran menggunakan cara ‘Secure Card Payment’ dengan menggunakan kad atm Maybank yang mana juga berfungsi sebagai kad debit.

Untuk membayar menggunakan kad debit Maybank, anda kena aktifkan dahulu kad anda untuk transaksi luar negara.

Jika anda belum aktifkan, boleh rujuk panduan ini:

Cara aktifkan Debit Kad Maybank untuk transaksi online & luar negara.

Seterusnya, lengkapkan bahagian cara pembayaran pilihan anda.

Contohnya jika anda memilih untuk membayar menggunakan cara ‘Secure Card Payment’, berikan maklumat yang diperlukan.

Skrol ke bahagian bawah dan lengkapkan bahagian yang diperlukan seperti bahagian ‘Receipt Details’.

(Bahagian Renewal Setting saya biarkan kosong – saya buat secara manual)

Klik pada butang Continue untuk menyelesaikan pembayaran.

Domain dan juga hosting anda akan diaktifkan sejurus selepas proses pembayaran selesai.

Namun begitu dalam sesetengah kes anda perlu menunggu dalam masa sejam.

Untuk memastikan domain dan hosting yang anda beli dah aktif, cuba nama domain anda dalam ruangan url pelayar internet (browser).

Jika tak keluar “web not found” atau error maknanya ia dah aktif.

Nota Penting: Jika anda beli domain dan hosting daripada Namecheap, jangan terus install wordpress. Biarkan dahulu selama 24jam. Ini untuk membolehkan ssl sync dengan domain anda dan membolehkan anda pilih url domain bermula dengan https.

Bila dah siap sedia, teruskan ke langkah yang seterusnya.

4 Install WordPress
Edit: Gambar yang disediakan sini dan gambar versi terkini wordpress mungkin terdapat sedikit perbezaan. Tetapi caranya masih sama, cuma berbeza kedudukan.

Berikut merupakan cara untuk install wordpress pada untuk blog anda.

Cara install WordPress melalui cPanel

1. Akses cPanel anda dengan menambah/cpanelpada hujung domain anda. Contoh: /cpanel.
2. Masukkanusernamedanpasswordanda. Butiran tersebut sepatutnya ada dihantar ke email anda.
3. Jika cara diatas tidak berjaya anda juga boleh akses cPanel melalui akaun anda pada syarikat hosting blog anda atau melalui link yang dihantar ke email anda oleh syarikat hosting anda.
4. Bergantung pada tema cpanel yang digunakan, paparan utama cpanel kelihatan seperti berikut.
5. Pergi ke bahagianSoftaculous Apps Installer. Bahagian tersebut biasanya terletak pada bahagian bawah pada paparan utama cpanel.
6. Klik pada butang wordpress.
7. Paparan seperti berikut akan muncul.
8. Pada bahagian atas, terdapat menu pilihan. Klik pada butangInstall. Ini akan membawa anda kepada bahagian setting wordpress.
9. BahagianSoftware setup.
10. PadaChoose protocol, anda boleh memilih daripada 4 pilihan struktur domain anda. Saya cadangkan anda memilih ia memberikan anda kelebihan dari segi sekuriti, SEO dan teknikal. Baca Nak guna tidak?
11. UntukChoose Domainpilih domain anda.
12. UntukIn directory, kosongkan bahagian ini. Asalnya terdapat perkataan WP_ . Padam perkataan tersebut.
13. BahagianSite Settings. Jika anda belum ada idea untuk mengisi bahagian ini, jangan risau. Ia boleh diubah juga kelak melalui panel admin.
14. UntukSite Name, isikan nama blog anda.
15. UntukSite description, isikan penerangan ringkas blog anda dalam 3 ke 5 patah perkataan.
16. UntukEnable Multisite (WPMU),biarkan bahagian ini kosong. Jangan tandakan. (melainkan anda faham kegunaan dan syarat-syaratnya).
17. BahagianAdmin Account.
18. UntukAdmin Username, tetapkan id @ username pilihan anda sini. Anda akan gunakannya sebagai akses ke panel admin blog anda.
19. UntukAdmin Password, tetapkan password pilihan anda.
20. UntukAdmin Email, tetapkan email pilihan anda sini. Asalnya adalah [email protected] Anda boleh menggantikannya dengan email gmail atau mana-mana email yang sering anda gunakan.
21. Simpan username dan password. Anda akan gunakan nanti untuk login ke panel admin wordpress.
22. BahagianChoose language. Pilih bahasa kegemaran anda.
23. BahagianSelect Plugin(s), pilihan ini bergantung kepada anda. Saya biarkan sahaja bahagian ini tidak ditandakan.
24. BahagianAdvance Options.
25. UntukDatabase NamedanTable prefix, biarkan sahaja seperti yang asal.
26. UntukAuto Upgrade WordPress PluginsdanAuto upgrade WordPress Themes, ikut kesesuaian anda. Anda mahu update secara manual atau sistem tolong update kan.
27. UntukBackup location, tetapkan padadefault.
28. Untuk bahagianSelect theme, pilih sahaja mana-mana tema, anda boleh tukar tema tersebut nanti bila suda ada tema pilihan anda.
29. Setelah siap dan yakin dengan setting anda, klik pada butangInstall.
30. Proses install wordpress selesai dengan paparan berikut.

Dengan berakhirnya langkah ke-29 ini bermakna selesailah proses pemasangan WordPress pada blog anda. Blog anda sudah online dan anda boleh mula mengerjakannya.

5 Akses Admin WordPress
Untuk mula mengerjakan blog @ laman web anda perlu masuk ke dalam panel atau admin WordPress.

Bagi anda yang baru sahaja mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform wordpress, panel admin kelihatan seperti berikut:

Untuk mengakses panel admin blog anda, anda hanya perlu menambah/wp-login.php pada hujung domain anda. Contoh seperti berikut:

/wp-login.php

Ini akan membawa anda ke paparan log masuk blog anda. Paparan log masuk atau login kelihatan seperti berikut:

Masukkan username dan password yang anda daftarkan sewaktu mula-mula install wordpress tadi, kemudian klik Log In.

Jika anda terlupa username, boleh gunakan alamat email yang anda daftarkan sewaktu install wordpress.

6 Install theme, plugin dan Setup blog
Terdapat 3 perkara yang perlu anda uruskan sebelum blog anda sedia untuk paparan umum.

* Install theme yang sesuai
* Install plugin yang perlu
* Buat setting asas pada blog

Kita lihat satu persatu:

#1. Install theme yang sesuai

Theme menjadikan paparan blog anda lebih menarik dan senang untuk dibaca oleh pelawat.

Secara default wordpress akan sediakan anda theme asal @ sedia di install untuk blog anda.

Anda boleh tukar theme tersebut.

Dan install mana-mana theme yang bersesuaian dengan niche blog anda.

Untuk menukar theme:

Appearance > Themes > Add New

Menu Appearance terletak pada sebelah kiri panel admin. Butang Add New pula terletak pada bahagian atas paparan Themes.

Paparan seperti berikut akan muncul:

Terdapat banyak pilihan theme untuk anda pilih. Anda boleh gunakan fungsi Search dan featured filter ataupun menu Featured, Popular dan Latest untuk membantu carian anda.

Sebagai panduan untuk memilih theme:

* Lagi ringkas lagi baik – Theme yang berat (mempunyai macam-macam fungsi) menjadikan blog anda susah untuk digunakan dan lambat.
* Jangan pilih theme yang jenis hurufnya sukar dibaca.
* Pilih theme yang responsive – Saiz berubah mengikut saiz skrin PC, tablet dan juga handphone
* Lihat kesesuaian warna theme dengan intipati blog – Warna latar gelap atau terang
* Lihat rating theme – Pilih purata rating 4 bintang ke atas.

Jika anda punya bajet lebih pertimbangkan untuk beli theme premium.

Theme premium termurah dan terbaik boleh didapati dari evanto market.

Selepas mendapat theme yang anda sukai @ bersesuaian, klik Install, kemudian klik Activate untuk mengaktifkan.

#2. Install plugin yang perlu

Plugin berfungsi untuk memberikan blog anda fungsi tambahan yang tidak disediakan oleh theme yang anda install tadi.

Contohnya plugin untuk borang perhubungan, untuk SEO, untuk melajukan laman dan sebagainya.

Untuk install plugin anda boleh pergi ke menu:

Plugins > Add New.

Terdapat pelbagai plugin yang boleh anda gunakan secara percuma.

Memang baik ada plugin ni, tapi jangan guna plugin secara berlebihan.

Ia boleh merosakkan prestasi blog anda.

Kuncinya hanya guna plugin yang benar-benar anda perlukan.

Jika tak perlu jangan install.

Anda boleh rujuk post ini untuk panduan: 8 Senarai Plugin Penting untuk Blog WordPress.

Siap install theme dan plugin yang diperlukan, selanjutnya:

#3. Buat setting asas pada blog

Bahagian akhir sebelum anda mula membuat post / page.

Buat tetapan untuk paparan blog anda.

Setting ini anda boleh akses melalui menu:

Appearance > Customize

Ini akan membuka halaman baru yang memperlihatkan paparan blog anda.

Terdapat option yang disediakan di sebelah kiri paparan.

Pilihan paparan adalah seperti site identity, color dan sebagainya.

Untuk membuat setting ini agak mudah, kerana anda boleh lihat perubahan yang dilakukan dalam paparan blog yang diberikan.

Satu lagi option untuk bahagian ini adalah berbeza-beza mengikut theme yang anda gunakan.

Ambil masa untuk memilih tetapan terbaik untuk blog anda di bahagian ini.

Satu lagi setting yang perlu anda lihat.

(selepas siap customize blog)

Iaitu bahagian url laman – Permalink.

Akses setting ini melalui menu:

Settings > Permalinks

Ubah tetapan kepada ‘Post name’ agar url laman anda lebih cantik dan senang dibaca.

Jangan lupa untuk klik pada butang ‘Save setting’ untuk simpan tetapan.

Siap bahagian ini anda boleh mula fokus kepada content blog anda!

7 Buat Post
Sebelum itu, ketahui dahulu beza antara Post dan Page dan bila masa untuk menggunakkannya.

* Post: Pilihan utama anda untuk sebarang artikel blog yang anda buat. Disusun mengikut masa.
Yang baru berada di depan.

* Page: Untuk laman yang statik seperti tentang saya, polisi syarikat, hubungi kami dan sebagainya.

Untuk buat post baru klik pada menu “Post” yang terletak pada sebelah kiri panel admin, kemudian pilih “Add New“.

Paparan seperti berikut akan muncul:

Anda boleh simpan sebagai draft atau publish post anda.

Jika anda perlu rujukan untuk asas dalam buat post boleh rujuk: Panduan Asas Buat Post dalam Blog [WordPress]

Untuk bacaan lebih lanjut berkenaan cara-cara menguruskan, setting dan sebagainya pada bahagian panel admin blog anda sila rujuk bacaan berikut:

Tutorial WordPress: Bagaimana Cara Guna WordPress

Selamat berkecimpung dalam dunia blog.

Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Kongsikan juga dengan rakan anda yang berminat hendak membuat blog.

Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Saya sedia membantu anda.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! 👇