Caracara Mengatasi Tekanan Darah Rendah Hipotensi

Apa itu tekanan darah rendah??? Sebelum kita mengetahui cara-cara mengatasi tekanan darah rendah. Kita mestilah mengetahui apa itu tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekana yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, mual, pernafasan cepat dan pendek, dan cepat haus. Ini kerana tekanan darah bagi setiap orang adalah berbeza dan ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Terdapat beberapa sebab tekanan darah rendah iaitu kekurangan volum darah, dehidrasi seperti muntah-muntah dan cirit-birit, masalah jantung dan tekanan otot yang lemah. Ok jom kita tengok cara-cara untuk mengatasi tekanan darah pula. Apa kata korang banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Bagus untuk awet muda juga kan?? Kafein ni orang kata tak begitu bagus untuk kesihatan tapi sekali-sekala minum kopi untuk tingkatkan degupan jantung supaya tekanan darah meningkat pun ok juga. Kandungan garam dlm makan kene cukup ok?? Harus perbanyakkan makan sayur terutamanya sayur bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Tetapi timun haruslah di jauhi kerana timun akan menyebabkan gejala pening kepala kepada penghidap. Masyarakat sering menganggap bahawa daging kambing mampu meningkatkan tekanan darah hakikatnya daging kambing dapat meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. . Di fahami bahawa Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahawa kandungan Hb sebagai pengikat oksigen dalam darah memiliki kadar yang rendah dan mengakibatkan pengidap menjadi pucat (anemia), pening kepala serta cepat lelah. Selain itu mentega juga keju juga bagus bagi penghidap tekanan darah rendah. Kacang hijau juga sangat bagus untuk menaikkan tekanan darah. Lebih-lebih lagi jika pengambilannya dilakukan setiap hari. Tekanan darah boleh menjadi normal dalam beberapa hari sahaja. Coklat sering dikaitkan dengan kegemukan tetapi tahukah korang coklat mampu meredakan ‘stress’. Selain itu coklat juga dikatakan bagus untuk meningkatkan tekanan darah. Jadi makanlah coklat banyak-banyak ya? Berolahraga secara teratur juga dapat membantu bagi mengurangkan gejala-gejala tekanan darah rendah. Sekurang-kurangnya berjalan selama 30minit setiap pagi atau pun sekurang-kurangnya tiga kali seminggu